Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan secara sinis menyarankan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki memadamkan semua status dan komennya mengenai Pakatan Harapan dan DAP di media sosial miliknya.

Wan Saiful berkata, beliau khuatir Asyraf tidak dilantik sebagai Senator dalam Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya risau takut-takut nanti tak dapat jadi Senator sebab PH marah.

“Terutamanya yang kat bawah ni… Tolong ubah jadi sanjungan dan pujian kepada DAP-PH ya,” sindir beliau di Facebook, hari ini.

Wan Saiful merujuk kepada status Asyraf pada September 2019 yang menyenaraikan 10 bukti pimpinan DAP-PH pencetus api perkauman.

Dalam status tersebut, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO memandang serius dakwaan kononnya pembangkang (PH ketika itu) bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis.

Antara bukti yang disenaraikan Asyraf adalah kenyataan (bekas) Menteri Sumber Manusia DAP, M. Kulasegaran yang menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018);

Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018).

Asyraf Wajdi kalah kali kedua – dalam cubaannya untuk menjadi Ahli Parlimen menerusi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Pada PRU-14, Asyraf kalah dengan majoriti 1,360 undi di Parlimen Pasir Puteh di mana Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada PAS menang undian sebanyak 32,307.

Kali ini, pada PRU-15, beliau berpindah kawasan ke kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik, Perak, dengan harapan memenangi hati pengundi di situ.

Bagaimanapun, tindakan UMNO/BN meletakkan beliau di kerusi berkenaan dengan mengetepikan anak tempatan menerima padah apabila Asyraf Wajdi tumbang ditangan calon Perikatan Nasional (PN) Fathul Huzir Ayob.

Fathul Huzir memperoleh 15,105 undi, menang majoriti 1,377 undi.

Asyraf Wajdi memperoleh 13,728 undi manakala calon PH, Tarmizi Mohd Jam (5,779 undi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ADA HARAPAN JADI SETPOL ANWARZAHID……sekarang HILANG KEMALUAN kerana melutut pada DAPIGS…..letak jawatan KETUA PEMUDA UMNO….tidak setanding dengan arwah dato haron idris
    kuburkan saja perjuangan kamu semua
    pemuda2 umno terus jadi ngok membisu pekak telinga BUTA dengan perangai MUNAFIK pemimpin mereka

Comments are closed.