Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang maut selepas tersangkut di tingkat 20 sebuah kondominium di Petaling Jaya hari ini. -Gambar ihsan bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut apabila disyaki terjatuh dari tingkat 28 dan ‘tersangkut’ di tingkat 20 di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya hari ini.

Pengarah Bomba Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dipercayai terjun dari tingkat 28 dan namun tersangkut di tingkat 20 di bangunan perumahan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, pasukan penyelamat kemudiannya memulakan misi menyelamatkan dan membawa turun mangsa yang tersangkut.

“Anggota penyelamat menggunakan teknik rope rescue dan dibawa masuk ke dalam bangunan iaitu melalui tingkap salah sebuah unit rumah di tingkat 20 bangunan bertingkat itu.

Terdahulu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai insiden itu pada pukul 8.09 pagi.

“Bertindak atas panggilan kecemasan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dengan sebuah jentera telah bergegas ke lokasi kejadian itu dan tiba pukul 8.25 pagi.

Pasukan penyelamat menggunakan teknik rope rescue menerusi tingkap 20 sebuah unit rumah untuk menurunkan mangsa dari tingkat 28 Empire Damansara pagi tadi. Gambar ihsan Bomba Selangor.

“Anggota penyelamat menggunakan teknik rope rescue dan dibawa masuk ke dalam bangunan iaitu melalui tingkap salah sebuah unit rumah di tingkat 20 bangunan bertingkat itu.

Mangsa meninggal dunia selepas diselamatkan oleh anggota bomba dalam kejadian pagi hari ini.-Gambar ihsan Bomba Selangor

“Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan didapati sudah meninggal dunia sejurus selepas kejadian.

‘Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota bomba dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan sewajarnya dan operasi ditamatkan pukul 10.55 pagi tadi,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.