Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin untuk menenangkan kumpulan pro-Pakatan Harapan (PH) dan pro-Perikatan Nasional (PN) dalam parti itu.

Pemerhati dan penganalisis politik tempatan, Mujibu Abd Muis berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin berhadapan kesukaran untuk menerangkan alasan pelantikan Ahmad Zahid sebagai sebahagian anggota Kabinet yang diterajuinya.

Menurut beliau, Ahmad Zahid kemungkinan akan menjadi bebanan terberat kepada pentadbiran Anwar.

“Selepas melihat pengumuman bila Zahid menjadi menteri Kabinet nampaknya akan backlash (tindak balas negatif)

“Masalah bagaimana pelantikan ini cuba diterangkan oleh Kerajaan Datuk Seri Anwar dari segi persepktif untuk menenangkan UMNO supaya tidak ada perpecahan kumpulan dan puak yang pro-PH dan pro-PN yang bertelagah,” katanya.

Beliau turut melihat terdapat sedikit kelemahan dalam Kabinet yang diumumkan Anwar selepas tidak ada mana-mana ahli Parlimen daripada parti Warisan yang diangkat sebagai menteri.

Menurut Mujibu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal wajar dilantik sebagai salah seorang anggota Kabinet.

“Bila tengok Sabah tiga wakil Warisan tidak ada mungkin bagi saya sedikit mengecewakanlah.

“Memandangkan Warisan ada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai presiden dan mempunyai pengalaman yang baik untuk diserapkan dalam Kabinet Perpaduan tetapi tidak berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu Mujibu berkata, jumlah 28 menteri yang diumumkan Anwar malam ini adalah satu saiz sederhana dan seimbang seperti yang disasarkan sebelum ini.

Jumlah tersebut jika ditambah dengan jawatan timbalan menteri mungkin mencapai 50 hingga 60 anggota.

Selain itu terdapat lima ahli Parlimen wanita diangkat sebagai menteri dan merupakan percampuran antara muka lama dan baru.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. tak susah nya untok nyatakan kebenaran . kerajaan sekarang boleh ditakrifkan kerajaan dharurat . bila dah darurat segala hukum boleh berubah. orang pas akan cari dalil kalau kena pada dirinya . tapi pura2 jahil bila kena pada orang lain . orang pas juga lupa pada takdir bila berhujah . sama macam orang kafir berhujah .

Comments are closed.