Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggadai prinsip tatakelola baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, barisan Kabinet kali ini paling mengecewakan dalam sejarah negara.

Ini kerana seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

“Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan senarai 28 anggota Kabinet dengan dua timbalan perdana menteri dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, malam tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Manakala Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komuniti.

Muhyiddin juga melahirkan rasa kecewa apabila Anwar sendiri memegang dua jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sedangkan amalan itu boleh membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewengan berskala besar seperti kes 1MDB.

“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi,” katanya.

Lebih mengecewakan apabila ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi.

“Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan,” dakwanya.

Lebih malang apabila Anwar tidak mempertahankan perjuangan reformasi partinya untuk memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam pentadbirannya.

“Nilai Anwar sebagai pemimpin sejati yang patut dihormati dan dihormati kini amat diragui. Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet.

“Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Nilai Anwar sebagai pemimpin sejati yang patut dihormati dan dihormati kini amat diragui. Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet.

    ALQURAN DAN HADIS MENGINGATKAN BAHAYANYA GOLONGAN MUNAFIKUN
    tanda2 akhir zaman makin jelas BILA YANG BENAR DIKATAKAN BOHONG dan YANG BOHONG DIKATAKAN BENAR DAN DISANJUNG

  2. RAKYAT diminta keluar mengundi dan membuat pilihan TERBAIK

    Jelas sekarang kerajaan dan PI MAI PIMAI TANG TUNG……akhirnya RAKYAT YANG MENGUNDI B END dan P akatan H ancing terus kena kencing dan klentong

    pengUndi2 TOLAK ZAHID dapat ANWR dan pengundi2 TOLAK ANWAR dapat ZAHID

    YANG GEMBIRA PENGUNDI2 DAN PENYOKONG2 DAPIGS LIHAT SITUASI INI

Comments are closed.