KUALA LUMPUR – Ibarat rumah siap, pahat berbunyi.
Demikian setiap tindakan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak membentuk Kerajaan Perpaduan pada 24 November lalu kerana semuanya tidak kena pada pandangan sesetengah pihak.
Ini termasuk pengumuman Kabinet baharu oleh Anwar malam tadi yang meletakkan pihak tertentu tidak boleh diam dan bangkit mengkritik.
Terbaharu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyatakan kegusaran terhadap barisan Kabinet yang diumumkan tidak sampai 24 jam itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Tricia Yeoh berkata, pengumuman itu memang dinantikan pelbagai pihak tetapi keputusan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dianggap suatu yang membinggungkan.
Ini kerana, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sedang menghadapi beberapa kes pertuduhan di mahkamah.
Sehubungan itu, IDEAS juga mahu jawatan Kementerian Kewangan yang dipegang oleh Anwar diasingkan.
“Walaupun mencapai kestabilan, pelantikan Ahmad Zahid yang memegang portfolio strategik memberi isyarat salah daripada kerajaan yang berikrar untuk mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.
“Walaupun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan melalui semua proses rayuan sudah memadai untuk mengekalkan kerusi di Parlimen, ahli Kabinet yang dilantik perlu mempunyai standard lebih tinggi.
“Hal ini penting untuk memastikan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malam tadi, Anwar menamatkan teka-teki berhubung pelantikan barisan Kabinet yang akan bersama dengannya mentadbir negara.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi oleh Ahmad Zahid, manakala, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof turut dilantik ke jawatan yang sama.
Pelantikan Fadillah menyaksikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sarawak yang diberi amanah untuk menggalas jawatan itu.
Menurut Dr. Tricia, pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik yang telah diisytiharkan Anwar sebagai agenda teras kerajaan perpaduan.
Katanya, komitmen untuk mengasingkan portfolio juga telah dibuat dengan jelas dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
“Skandal rasuah 1MDB sebahagiannya dipermudahkan dengan membenarkan seorang individu memegang dua jawatan penting Kabinet ini secara serentak.
“Tiga pentadbiran sebelum ini telah cuba mengubah tradisi ini dengan melaksanakan pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Walaupun secara politik sukar untuk menamakan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan, peranan perlu diasingkan untuk proses semak dan imbang,” katanya.
Justeru, IDEAS mencadangkan Perdana Menteri harus komited untuk mencari seorang Menteri Kewangan yang sesuai iaitu seseorang yang boleh melaksanakan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.
Ujar beliau, Menteri Kewangan juga perlu mengawasi pembaharuan fiskal seperti melaksanakan Akta Tanggungjawab Fiskal yang tergendala sejak sekian lama.
“Bagaimanapun, kami amat berharap Perdana Menteri tidak mengikuti langkah pentadbiran sebelum ini melantik timbalan menteri dan duta khas bertaraf menteri untuk memuaskan hati pelbagai pihak dan menjadikan saiz Kabinet terlalu besar.
“Namun, IDEAS mengucapkan tahniah kepada semua menteri yang telah diberi tanggungjawab dan peluang pada hari ini untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.
“Malah, sudah tiba masanya untuk melaksanakan manifesto pilihan raya yang dijanjikan oleh gabungan mereka kepada pengundi,” katanya.
Beliau berkata, walaupun setiap gabungan menekankan aspek dasar berbeza dalam manifesto masing-masing, kebanyakannya berkongsi matlamat sama iaitu untuk meringankan beban rakyat dan mempercepat pembaharuan institusi.
IDEAS, katanya, pastinya berharap pembaharuan institusi utama yang disebut oleh BN dan PH ketika tempoh berkempen seperti janji untuk menggubal Undang-undang Pendanaan Politik dan pengasingan kuasa antara peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan dilaksanakan dengan pantas.
Pihaknya juga menyeru Perikatan Nasional (PN) memainkan peranannya sebagai pembangkang yang berkesan dan adil kepada kerajaan sedia ada.
“Mereka harus melaksanakan rancangan membentuk Kabinet Bayangan tidak lama lagi untuk terlibat secara konstruktif dalam pembuatan dasar.
“Dengan membentuk Kabinet Bayangan dan memberikan kritikan membina terhadap dasar kerajaan, PN akan berjasa besar kepada negara bukan sahaja melalui menyediakan mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan tetapi juga mengalihkan naratif awam semasa daripada propaganda politik yang memecah belahkan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
anwar dah pening tu. tak boleh nak buat apa dah . kalau mahadir dulu dia lantik penasihat . anwar dah terlajak cerdik kot tak perlu ada penasihat . padahal menteri keuangan tu beri kat fizi pun ok dah .
RAKYAT diminta keluar mengundi dan membuat pilihan TERBAIK
Jelas sekarang kerajaan dan PI MAI PIMAI TANG TUNG……akhirnya RAKYAT YANG MENGUNDI B END dan P akatan H ancing terus kena kencing dan klentong
pengUndi2 TOLAK ZAHID dapat ANWR dan pengundi2 TOLAK ANWAR dapat ZAHID
YANG GEMBIRA PENGUNDI2 DAN PENYOKONG2 DAPIGS LIHAT SITUASI INI