Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom

KUALA LUMPUR – Kenapa dulu masa Lim Guan Eng jadi menteri dia tak bising?

Itu sanggahan Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd Ali Baharom kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan namun Muhyiddin bertindak mengunci mulut.

Namun apabila dalam kerajaan sekarang apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu membantah.

“Semasa Tun M jadi PM, dia (Muhyiddin) jadi Menteri Dalam Negeri dan Presiden Bersatu, kenapa dia tak halang Guan Eng masuk jemaah menteri?” soalnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mohd Ali yang dikenali sebagai Ali Tinju itu berkata, penubuhan ahli Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini perlu disokong demi kestabilan politik.

“PN perlu jadi pembangkang yang baik dan rakyat berharap Anwar dapat mengembalikan kestabilan politik, menarik kedatangan pelabur serta memulihkan ekonomi negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali Tinju yang juga bekas persatuan veteran tentera mengalu-alukan pelantikan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan.

“Saya yakin dengan kepimpinan Tok Mat nasib tentera dan veteran akan lebih terjamin,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar gadai prinsip tatakelola baik bila lantik kleptokrat – Muhyiddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast