Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keputusan Perdana Menteri melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul dalam Jemaah Menterinya, bukannya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin dalam ciapannya berkata, Tengku Zafrul yang gagal mengalahkan Dzulkefly di Parlimen Kuala Selangor untuk Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-1 5 lalu pula dipilih.

Tengku Zafrul, yang juga bekas menteri kewangan akan dilantik sebagai senator sebelum menjadi menteri.

“Kesian Dzulkefly, dia menang di Kuala Selangor tetapi tidak dilantik sebagai menteri. Calon yang beliau kalahkan pula diberi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan keputusan Anwar memegang portfolio kewangan.

“Apa sudah jadi dengan prinsip PM tidak boleh memegang portfolio kewangan atau portfolio lain?” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Bodoh punya Pejuang..patutlah parti dgn Mahathir sekali telingkup…Tengku Zafrul tu mewakili BN laa..bukanw akil PH..kalau BN tak sokong Anwar tak jadi PM…bengong

  2. zul akan diletak tempat lain insyaallah . pm tengah mabuk ni . lain target lain yang jadi . bila dah terpaksa segalanya boleh berubah . inilah kerajaan dharurat . pas sepatutnya faham tapi pura2 tak faham . kenapa dia sendiri tak jadi kerajaan . bila orang lain jadi kerajaan macam2 tak kena

  3. Aduhai.. Tak dak menang 1 kerusipun 1 hal, hilang deposit tu lg 1 hal. Rasa tak malu ke masih nk angkat kepala nk berbicara. Elok sambung belajar je utk masa depan. Nampak nasib hang kelabu asap dlm politik ni

Comments are closed.