Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang mengejutkan dalam senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Jelas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, langkah melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai ‘mensucikan’ Kluster Mahkamah.

“Saya anggap ini adalah satu lagi usaha Anwar untuk mensucikan kluster mahkamah. Saya semakin bimbang sekiranya kes-kes perbicaraan membabitkan kluster mahkamah akan terganggu.

“Saya kasihankan pengundi yang memilih PH (Pakatan Harapan)ckerana terbukti undi PH akhirnya mereka dapat Zahid Hamidi. Mana perginya perjuangan reformasi?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar malam tadi mengumumkan senarai penuh Kabinetn yang merangkumi 28 menteri penuh di mana beliau sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan.

Selain Ahmad Zahid, Datuk Seri Fadillah Yusof turut diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Untuk rekod, Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi (YAB).

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, hanya Perikatan Nasional (PN) yang layak soal prinsip dan moral di mana lebih rela menjadi pembangkang daripada menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Kami lebih rela menjadi pembangkang yang bermaruah daripada mengemis kuasa dan menjilat ludah sendiri sehingga tergamak mengadaikan prinsip perjuangan sepertimana dilakukan PH dan BN.

“Kepada rakyat, kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, yang terkandung di dalamnya perasuah, penyamun, kluster mahkamah serta pendendam kepada penjawat awam perlu dihukum dengan seberat-berat hukuman dengan menolak calon mereka di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai pada 7 Disember ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. jgn cakap lebih bai.. cuba kalau BN pilih PN bergabung jd kerajaan. sampai taik2 BN kau jilat.. pttuuiiihhhh..

Comments are closed.