Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob bercakap kepada media selepas menerima sijil tamat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-38 di Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diyakini dapat memimpin kerajaan negeri yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Keyakinan itu disuarakan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut sebab masa saya sudah berlalu di sana (Pahang).

“Tetapi saya percaya MB (Menteri Besar) sekarang telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri,” katanya ringkas.

Kini, kerajaan negeri Pahang merupakan campuran di antara BN dan PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan pilihan raya berkenaan menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, manakala BN memperoleh 16 kerusi dan PH (lapan).

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast