Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas mendakwa DAP menikmati banyak manfaat walaupun tidak ramai Ahli Parlimen parti itu terpilih untuk memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jawatan yang dipegang dalam Kabinet tidak penting, sebaliknya manfaat yang diperolehi wakil rakyat DAP.

“Yang penting, DAP mendapat manfaat yang banyak,” kata beliau selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai jumlah kecil keanggotaan wakil rakyat DAP dalam Kabinet sedangkan parti itu memenangi lebih banyak kerusi daripada parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Seramai Ahli Parlimen DAP dilantik menjawat jawatan menteri pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast