Balai Adat di penempatan Orang Asli di Kampung Deraman

ROMPIN – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan tiga pembinaan Balai Adat bagi masyarakat Orang Asli di Rompin.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan di tiga buah kampung di Rompin melibatkan Kampung Batu 8, Kampung Sg Mok, dan Kampung Kemedol akan bermula tahun depan.

“Sebanyak RM100,000 bagi setiap satu Balai Adat. Balai Adat ini akan dijaga oleh Yang Beradat Tok Batin. Bangunan Balai Adat biasanya dibina untuk acara istiadat, aktiviti kebudayaan dan juga selain upacara di dalam sesebuah penempatan.

“Lazimnya ia juga digunakan sebagai keperluan penduduk kampung sebagai dewan untuk aktiviti Masyarakat Kaum Asli,” katanya,

Manakala sesetengah Balai Adat digunakan oleh komuniti itu untuk upacara bertunang, akad nikah dan bersanding.

Difahamkan balai tersebut berkeluasan 3,200 kaki persegi  ini pada asalnya berbentuk terbuka seolah-olah sebuah balai yang mempunyai ruang lanai kecil selepas menaiki tangga sebelum memasuki ke dalam bangunan.

Lantainya disokong oleh tiang di bawahnya dan bumbung bercirikan Minangkabau selain mempunyai rekabentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast