KUALA LUMPUR – Satu kebakaran kecil berlaku di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya pada petang tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kebakaran berlaku di Bilik Sampah yang terletak di aras G, Blok Utama Bangunan Perbendaharaan.

“Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.

Tambahnya, Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast