Abdul Samad Ashaari

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuat teguran secara menyeluruh jika melibatkan tokoh perniagaan bukan menumpu kepada individu tertentu sahaja.

Naib Presiden Berjasa, Abdul Samad Ashaari menegaskan, dalam isu memonopoli import beras negara, bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sahaja malah ramai lagi yang terlibat.

“Teguran Anwar terhadap Syed Mokhtar dalam isu ini dibuat secara tidak menyeluruh sedangkan ia perlu melibatkan semua tokoh tokoh perniagaan lain di Malaysia.

“Dalam laporan Malaysia’s 50 Richest Forbes 2022, Syed Mokhtar Al-Bukhary berada di tempat ke-15 terkaya di Malaysia. Kenapa hanya sasarkan tokoh perniagaan ini sahaja.

“Bagaimana dengan tokoh dan ahli perniagaan lain yang jauh lebih kaya dan menguasai sebahagian besar kartel industri pemakanan di Malaysia dan menguasai sistem rantaian ekonomi terbesar Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar menegur Syed Mokhtar kerana memonopoli import beras di negara ini.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan mengizinkan lagi pembolotan kekayaan oleh tokoh-tokoh politik yang dengan begitu mudah menghisap darah pesawah yang miskin.

Menurut Abdul Samad, sebagai sebuah kerajaan yang menjanjikan pentadbiran yang adil dan telus, mereka seharusnya bertindak lebih telus dalam setiap pandangan dan keputusan yang dibuat dan tidak hanya menyasarkan golongan tertentu sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Awas, mungkin yg keluar dari mulut tu arahan dari kerajaan halimunan yg punyai kerusi terbanyak? Agak menghirankan Melayu seorg ni juga yg menjadi TARGET mereka? Tipu helah mereka amat licik!

  2. Melayu musibat ni laaa yg perah titik peluh pesawah…ehh jgn lupa dlm skandal monopoli beras ni Shahidan Kassim terlibat…dan jgn lupa TS Mokhtar ni kroni Tun Medey

Comments are closed.