Antara 45 kenderaan yang disita akibat diubahsuai dengan ekzos bising dalam ops Halangan di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu di pusat bandaraya. Foto JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 buah kereta dan 10 motosikal dengan ekzos diubahsuai ditahan dan disita dalam sekatan jalan raya ibu negara pada Sabtu dan Ahad.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, seramai 114 anggota serta pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah terlibat dalam Op Halangan di beberapa lokasi tumpuan pada hujung minggu berkenaan.

Antara 45 kenderaan yang disita akibat diubahsuai dengan ekzos bising dalam ops Halangan di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu di pusat bandaraya.Ihsan JSPT KL

“Dalam Op Halangan yang telah diadakan bermula jam 2 pagi hingga 4 pagi itu di sekitar Bukit Bintang, Jalan Alur, Jalan Changkat dan Jalan Raja Laut, penguatkuasa polis berjaya menahan dan menyita sebanyak 35 buah kereta dan 10 buah motosikal kerana pemeriksaan mendapati kenderaan itu telah diubahsuai dengan ekzos bising.

“Dalam operasi yang sama, sebanyak 397 saman telah dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kesemua kenderaan termasuk motosikal itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Antara 45 kenderaan yang disita akibat diubahsuai dengan ekzos bising dalam ops Halangan di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu di pusat bandaraya.Ihsan JSPT KL

“Semua kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal sebelum dikembalikan kepada pemilik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast