File picture

BERLIN – Seorang gadis 14 tahun maut manakala seorang lagi parah selepas mereka diserang oleh seorang lelaki dengan pisau ketika berjalan ke sekolah di selatan Jerman.

Polis berkata, suspek yang keluar dari pusat perlindungan pelarian di perkampungan  Illerkirchberg pada pagi Isnin bertindak menyerang murid-murid.

Mangsa meninggal dunia di hospital.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun, yang merupakan seorang pencari suaka dari Eritrea.

Polis yang menggeledah bangunan berhampiran menemuinya pisau yang disyaki digunakan dalam serangan itu.

Dua lagi lelaki turut ditahan.

Suspek berada di bawah kawalan polis di hospital tempat dia dirawat kerana kecederaan yang tidak dinyatakan.

Dalam satu kenyataan, polis menggesa orang ramai supaya tidak menggunakan kejadian itu untuk menimbulkan syak wasangka terhadap warga asing atau pemohon suaka.

“Semua yang berkaitan dengan perkara ini tidak jelas setakat ini,” kata jurucakap polis kepada media.

Dalam pada itu, gadis berusia 13 tahun yang cedera dalam serangan itu sudah diberi rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast