Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sidang media di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 06 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak berniat untuk merobohkan empayar yang dibina Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, arahan yang dikeluarkan beliau kepada syarikat syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membayar kepada pesawah miskin hanyalah untuk kepentingan golongan tersebut.

Malah, katanya, perbincangan beliau bersama tokoh konglomerat itu telah dibuat sebelum arahan dikeluarkan.

“Saya telah mengadakan perbincangan baik dengan Syed Mokhtar dan beliau bersetuju.

“Bulan Disember RM10 juta, tahun depan RM50 juta dan akan berunding semula dengan Kementerian Kewangan bagaimana Bernas boleh bagi jaminan keselesanan dan keadilan kepada pesawah padi yang miskin.

“Apa yang jaid masalah dalam negara kita, apa yang nak dipolitikkan, saya ambil keputusan bukan mudah kerana berdepan dengan konglomerat yang berbilion, ini semua syarikat paling kaya dalam negara kita tapi saya ambil keputusan dasar mengapa tidak boleh kurangkan,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak selepas Bernas diarahkan untuk membayar RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada pesawah miskin.

Jelas Anwar, perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam satu rundingan yang akan dibuat esok oleh kedua-dua pihak.

“Sebelum ada rundingan saya kata syarikat Bernas ada keuntungan, penjelasan dia (Syed Mokhtar) konsesi itu pada awalnya bukan diberikan kepada dia tapi kepada Bernas dan Bernas itu ditunjangi pada masa itu oleh orang-orang parti termasuk nama-nama yang saya sebut semalam.

“Jadi, dia kata pulihkan balik, kembalikan kos dia dan kemudian pegawai kementerian boleh runding dengan dia. Tapi sementara itu keuntungan boleh dicatatkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Punyalah ramai billionare kat Malaysia ni kenapa Melayu yg ranking belas2 ni yg dia minta? Bagaimana pula yg ranking 1, 2, 3, dikatakan ada yg bermula dari perniagaan monopoli gula pada asalnya?

  2. Dah dapat jadi PM tak nak buat kerja ..dok jadi penyiasat pulak..lebih baik jadi PM tepi…kalau mcm ni rupanya tak lama kerajaanni, rakyat perlukan perubahan untuk terus hidup pru sudahpun berlalu cukup-cukup lah

  3. tokeh kapir robertkok genting gula judi amanda krishnan DAN lainnya semua masuk dalam JUBUR ANWAR …tidak perlu siasat dan usik…..KESEDAPANkan

  4. Biasalah Melatu seorang tu yang jadi bilionier juga yang di ganggu nya. Agak-agak siapalah yang hasut PM suruh ganggu melayu seorang tu. Melayu tu jugalah yang paling banyak keluar zakat, memajukan Islam.

Comments are closed.