KUALA LUMPUR – Pelakon, Siti Saleha yang popular dengan drama Tujuh Hari Mencintaiku tampil berkongsi gambar bersama jejaka yang juga seorang pengasas jenama terkenal, Joshua Fitton yang kini dikatakan kekasih baharunya.
Menerusi Instagram miliknya, wanita berusia 32 tahun itu hadir ke satu acara bersama jejaka tersebut
Dalam muat naik tersebut, aktres telah mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemputnya serta pasangan.
Untuk rekod, Siti Saleha telah bercerai dengan bekas suaminya, Ahmad Lutfi pada awal tahun ini selepas empat tahun berkahwin. – MalaysiaGazette