Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat beramah mesra dengan sebahagian warga kerja kementerian ketika hadir untuk memulakan tugasnya di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 06 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dinasihatkan agar tidak gopoh mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dana perjudian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menter yang memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran dalam isu berkenaan.

“Saya nak nasihat (Datuk Seri) Takiyuddin jangan gopoh.

“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.

Anwar berkata demikan mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Dalam pada itu, Anwar berkata kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wang itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank adalah sesuatu yang sudah terlambat.

“Saya nak beri peringatan kepada Muhyiddin jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Bukan maksud saya, tapi saya nak tumpu perhatian untuk mengurus negara ini memacu pertumbuhan ekonomi dan memberikan kebajikan kepada rakyat.

“Sebaik sabar dan kita terpaksa melihat dan kalau boleh hentikan seperti mana RM7 bilion itu, dan mereka boleh war-warkah tidak bersih,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Muhyiddin menjelaskan tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana tersebut kerana ia adalah wang individu dalam KWSP serta bank yang bukan di bawah kawalannya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Buktikan dana PRU datang dari syarikat judi atau kami saman – Pas

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Siapa yang cuak sebenarnya..sudah tuduh, bila orang lain kata hendak di bawa ke mahkamah terus kata orang lain yang gopoh. Jangan jadi law of jungle macam 22 bulan dulu sudahlah. Pilihanraya sudah lepas, buat kerja kenapa ayam dan telur tidak cukup. Siapa kartel yang majal ini.

  2. ANWARr meneruskan MUNAFIKnya….sebelum ini tiada kerjasama dengan Zahid MUNAFIK….fitnah cek rm1.4 juta /fitnah Rashid Hasnon menangis tuntut jawatan speaker TIPU HARGA MINYAK TURUN hapus tol/ptptn

    INSHA ALLAH KERAJAAN GABUNGAN MUNAFIK DAN FITNAH AKAN TUMBANG SEGERA

  3. Muhyidin boleh jawab di mahkamah..di sidang media buat apa? sidang media semua org boleh buat..saya cadangkan dilantik TS Shafie utk ketuai pasukan pendakwaan…

Comments are closed.