Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli bercakap pada sidang media selepas merasmikan Kick-Off Conference Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan Kerjasama World Bank Malaysia di Hotel Everly, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Pengumuman timbalan menteri dalam barisan Kabinet dijangka dibuat minggu depan kerana proses pelantikannya mengambil masa.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu telah dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet semalam.

Bagaimanapun menurut beliau, proses pemilihan  sudah bermula dengan gabungan parti politik sudah diminta mengemukakan nama calon sesuai.

“Proses itu akan berjalan minggu ini dan sama seperti kita gunakan untuk membentuk Kabinet iaitu peraturan tertentu, dari segi jumlah timbalan menteri daripada gabungan tertentu akan bergantung kepada jumlah sumbangan ahli Parlimen masing-masing.

“Berdasarkan nama itu kelak, Perdana Menteri akan melihat kesesuaian, kepakaran dan pengalaman sebelum dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, mungkin akan ambil satu, dua minggu tetapi prosesnya sudah bermula,” katanya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli pada Perasmian Kick-Off Conference Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan Kerjasama World Bank Malaysia di Hotel Everly, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2022.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Mereka adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menepati pendirian Anwar sebelum ini mengenai saiz Kabinet yang lebih kecil, jemaah menteri yang diumui terdiri daripada 28 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast