KUALA LUMPUR – Sebanyal 16 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam termasuk lapan kes berlaku di luar hospital.
Pertambahan kes itu menjadikan angka terkumpul kematian sejak Mac 2020 sebanyak 36,732.
Manakala kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam sebanyak 1,649 termasuk tiga kes import, menjadikan kes terkumpul Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,965,094.
Data KKMNOW turut menunjukkan kes aktif sebanyak 21,758 dalam tempoh sama dengan 20,243 menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 1,414 lagi dimasukkan ke hospital termasuk 101 di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu 64 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette