Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika membuat tinjauan proses hari pengundian di SMK Tekek, Pulau Tioman hari ini

ROMPIN – Proses pengundian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman berjalan lancar, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Jelas beliau, pihak polis akan terus memantau sehingga selesai keputusan diumumkan pada malam ini.

“Walaupun kenderaan banyak masuk bagi proses kempen saat-saat akhir malam tadi, dan kawalan lalu lintas terkawal.

Para pengundi hadir membuat semakan di kaunter Pusat Mengundi di SMK Tekek, Pulau Tioman

“Proses mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman berjalan lancar sehingga kini. Tiada sebarang laporan berkaitan kejadian tidak diingini dilaporkan sehingga kini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Ramli turut membuat tinjauan perjalanan proses mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek, SK Tanjung Gemok dan SK Rompin.

Katanya, pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang cuba menggangu-gugat ketenteraman awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast