Muhyiddin Yassin. Foto AFFAN FAUZI, 12 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Tioman menunjukkan rakyat tidak teruja dengan penggabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majoriti BN yang merosot di Tioman dan majoriti besar PN di Padang Serai menjadi bukti rakyat tidak percaya terhadap gabungan PH dan BN.

“Majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam PRU 14.

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara,” kata Muhyiddin.

PN mencatatkan kemenangan besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin mendapat 51,637 undi sekaligus menamatkan penguasaan PH di kerusi itu sejak 2008 dengan calonnya Dr. Mohamad Sofee Razak memperoleh 35,377 undi.

Sementara di DUN Tioman BN menang tipis dengan calonnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang merupakan penyandang kerusi memperolehi majoriti hanya 573 undi.

Johari mendapat 8,080 undi menewaskan calon PN, Nor Idayu Hashim yang mendapat 7,507 undi.

Muhyiddin mendakwa, pengundi yang kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 menyebabkan ramai penyokong kedua-kedua parti beralih menyokong PN.

Serentak itu Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, PN kini berada di landasan yang benar.

“Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU 15 adalah the biggest electoral fraud ever dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai. Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen,” kata Muhyiddin.

Pada PRU 2018 calon PH Karupaiyah Mutusami mendapat 31,724 menewaskan calon Pas Muhamad Sobri Osman (22,911) dan calon BN Datuk Dr. Leong Yong Kong (15,449).

Mendiang yang meninggal dunia sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung mendapat majoriti 8,813 undi.

Sementara di DUN Tioman Mohd Johari mendapat 1,280 majoriti. Beliau yang memperoleh 6,662 undi menewaskan calon Pas Md. Yunus Ramli (5,382) dan calon PKR Sazili Mohd. Nor (3,029). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ORANG BODOH ANWAR DAN PAKATAN HANCING KUTUK DAN MAKI HAMUN PENYAMUN ….akhirnya dIJuBURKAN BERSAMA PENYAMUN2 umNONGOK B end

Comments are closed.