PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana lesen telah tamat tempoh di perairan Pelabuhan Utara dekat sini, pada jam 10.15 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot itu ditahan ketika perjalanan membawa makanan ikan dari Port Klang ke Pulau Ketam di kedudukan 0.5 batu Pelabuhan Utara dalam rondaan rutin Op Ehsandan Op Benteng Laut.
Bot dikendalikan seorang tekong warga tempatan, 58, dan seorang warga Indonesia, 32, yang mempunyai pengenalan diri yang sah.
Namun, hasil siasatan lanjut terhadap dokumen menemukan, lesen bot telah tamat tempoh.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot tidak memiliki dokumen lesen yang sah.
Bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di laut serta akan terus melakukan rondaan dan pemantauan demi memastikan perairan sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette