Mohd Shafiq Abdullah

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesahkan penamatan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa pada 12 Disember 2022.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, penamatan ini selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

”Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

”Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas perkhidmatan Mohd Shafiq yang dipercayai tamat semalam.

Sebelum itu, tersebar gambar surat pemecatan itu di media sosial yang kononnya ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Surat itu menyatakan perkhidmatan Mohd Shafiq ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1983 dan peraturan 10(5)(d) Akta Pencen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast