Dermalene kini beroperasi di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu dan Johor Bharu.

KUALA LUMPUR – Pusat spa rawatan kulit, Dermalene Skin Centre (Dermalene) merancang untuk membuka  43 lagi cawangan di seluruh negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya kepada 50 buah menjelang tahun 2030.

Daripada jumlah tersebut termasuk 15 klinik kulit untuk merawat ekzema,  alahan teruk dan penyakit kulit lain yang akan ditangani oleh doktor dan pakar dermatologi dibawah satu bumbung.

Pengasasnya, Dr. Alina Hasni berkata, hasrat tersebut akan dilaksanakan di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk supaya lebih ramai pesakit berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan.

“Dermalene akan menjadi hub penyelesaian bukan sahaja memberi fokus mendapatkan  kulit sihat dan cantik tetapi juga merawat masalah dan penyakit kulit yang menyebabkan penghidapnya tertekan dan kualiti hidup juga terjejas.

“Untuk merawat masalah kulit, ia perlukan jangka masa yang panjang dan berterusan dan sebagai Life Skin Partner, kami mahu setiap orang berpeluang mendapatkan rawatan sejak bayi hingga dewasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan cawangan Dermalene yang ketujuh  di Sunway Giza, Mall, Kota Damansara baru-baru ini.

Sempena majlis pelancarannya yang  berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Disember, cawangan baharunya mengadakan promosi menarik sepanjang bulan dengan tawaran diskaun bermula 15 peratus sehingga 50 peratus bagi setiap rawatan.

Pada majlis  sama beliau, Dermalene turut mengumumkan bekerjasama dengan syarikat kulit antarabangsa yang terkenal iaitu Hydrafacial sebagai penyedia terbesar di negara ini yang  mempunyai kualiti rawatan yang tinggi dan diyakini.

Dermalene Skin Centre membuka cawangan yang ketujuh  di Sunway Giza, Mall, Kota Damansara baru-baru ini.

Dr. Alina yang berkelulusan dermatologi  memperkenalkan Dermalene pada tahun 2016 juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Sdn. Bhd. yang memiliki rangkaian spa kulit dan  klinik rawatan kulit  telah  beroperasi di enam lokasi tumpuan.

Antaranya di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu dan Johor Bharu.

“Sejak beroperasi enam tahun lalu, kami berjaya merawat lebih 20,000 pengunjung yang mempunyai pelbagai masalah kulit . Sasaran kami merawat sejuta wajah menjelang 10 tahun lagi dan untuk mencapainya kami akan  bersama-sama dengan Institut Kulit Negara.

Melengkapkan rawatan dan perniagaan, Dermalene juga memperkenalkan produk penjagaan wajah dikenali sebagai  Dermalene Clinical Skincare  untuk membantu merawat masalah berkaitan kulit.

“Saya terpanggil untuk turut menawarkan produk Dermalene kerana memiliki formula kandungan berstatus evidence based yang terbukti berkesan berdasarkan daripada jurnal-jurnal perubatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette