Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,138 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini terus bertambah kepada 4,977,536.

Angka kematian juga meningkat sebanyak lapan kes, menjadikan jumlah terkumpul 36,795.

Kes aktif pula 16,521, menurut data KKMNOW.

Jumlah yang dikuarantin sebanyak 15,413 manakala dirawat di hospital 1,052.

Kes ditempatkan di unit rawatan rapi pula sebanyak 56 dengan 37 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast