Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh yang lengang pagi ini.

SUNGAI BULOH – Hari keempat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali,  Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB) masih menjadi tumpuan pengamal media yang ingin mendapatkan perkembangan terkini.

Setakat pagi ini, wartawan MalaysiaGazette mendapati, tidak ada kelibat waris mangsa berada atau tiba di Jabatan Forensik HSB.

Ia kerana semua 24 mayat telah selesai dituntut semalam.

Difahamkan, tiga mangsa korban terakhir telah menjalani proses pengecaman identiti dan dibawa keluar oleh van jenazah dari Xiao En Memorial untuk proses pengebumian pukul 9 malam tadi.

Sehingga kini, sembilan lagi mangsa kejadian tanah runtuh tersebut masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada jam 8 pagi tadi.

Sebagai rekod, seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 2.24 pagi Jumaat lalu.

Daripada jumlah itu, 61 orang selamat manakala 24 lagi disahkan meninggal dunia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast