HULU SELANGOR – Lapan ekor anjing Unit Pengesan (K9) direhatkan dalam operasi mencari baki sembilan mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Goh Tong Jaya Genting, di sini, petang ini.
Daripada lapan ekor itu yang kepenatan itu, enam ekor adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala dua ekor kepunyaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesemua anjing itu diiringi pengawal direhatkan pada jam 4.25 petang tadi.
Operasi SAR yang memasuki hari keempat pada hari ini menyaksikan
Setakat jam 5 petang, tiada penemuan mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ini. – MalaysiaGazette