Gambar dari perkongsian di sosial media.

TUMPAT – Tiga beradik menjadi korban pertama banjir di Kelantan apabila dilaporkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pagi ini.

Mangsa, semuanya perempuan berusia 20 hingga 27 tahun itu dikatakan terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Bendang Surau, Morak dekat sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Difahamkan, seorang daripada mereka terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah yang basah akibat hujan dan banjir.

Bagaimanapun, dua lagi adiknya yang berada dalam rumah keluar untuk membantu kakaknya yang sudah rebah.

Namun, aliran elektrik yang dipercayai berpunca dari wayar yang bocor itu turut merenjat keduanya dan ketiga mereka dilaporkan meninggal ditempat kejadian.

Ketika kejadian kawasan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast