Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Ir Razali Kassim turun padang dan meninjau kawasan yang dikatakan sering berlaku banjir kilat di Felda Bukit Goh, Kuantan

KUANTAN – Penduduk Felda Bukit Goh, di sini, yang terjejas akibat banjir kilat boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri Pahang akan mengkaji semula sistem peparitan di kawasan itu.

Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Ir Razali Kassim, beliau yang melakukan tinjauan di kawasan tersebut mendapati sistem perparitannya perlu dinaik taraf.

“Isu ini memang perlu dikaji semula. Keluasan kawasan tadahan (catchment) di sini perlu dibuat pengiraan semula meliputi faktor keluasan longkang dan kalbot sedia ada.

Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Ir Razali Kassim (kanan) dan Pengurus Rancangan Felda Bukit Goh, Raduan Rozali

“Kita akan kaji semula reka bentuk pembinaan sedia ada sebelum cadangan naik taraf dilaksanakan,” katanya selepas membuat lawatan bersama Pengurus Rancangan, Raduan Rozali ke dua lokasi yang sering berlaku banjir kilat iaitu di Jalan 2/2 dan Lorong 11, Felda Bukit Goh.

Menurut Razali, terdapat peruntukan yang telah diluluskan untuk menaik taraf longkang dan kalbot di kawasan terjejas sebelum ini.

Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Ir Razali Kassim (tengah) turun padang dan meninjau sendiri beberapa kawasan yang dikatakan sering berlaku banjir kilat di Felda Bukit Goh, Kuantan

Bagaimanapun, jelas beliau, jumlah itu tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah perparitan di kawasan terbabit.

“Saya akan bawa kepada pihak kerajaan negeri untuk tindakan lanjut dan akan berbincang dengan pihak Felda Wilayah Kuantan berhubung isu ini,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan keluhan beberapa penduduk di Felda Bukit Goh yang terpaksa berhadapan masalah banjir kilat sehingga tiga kali setahun sejak 20 tahun lalu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/12/19/banjir-kilat-tiga-kali-setahun-di-bukit-goh-penduduk-desak-felda-ambil-tindakan/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast