KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan ratifikasi Perjanjian Progresif dan Komprehensif Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) yang dianggotai
Malaysiaa adalah satu bentuk penjajahan.
Ketua Aktivitisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana dalam perjanjian antarabangsa itu yang terdapat beberapa pengecualian dan perlindungan untuk kedaulatan negara.
Beliau menegaskan, CPTPP hanya menyamar sebagai perjanjian perdagangan bebas dan hakikatnya ia bukan kerana perjanjian itu bukan untuk mempertingkatkan jumlah eksport kerana mengikut Kajian Analisis Kos Faedah (CBA), hasilnya terlalu ciput dan tidak signifikan.
Malah kata Nadzim, ia akan mengurangkan lebihan perdagangan kerana import akan melebihi eksport.
“CPTPP adalah beban tinggalan tiga pentadbiran terdahulu kini terpaksa diwarisi oleh
kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dibentuk.
“PPPIM sedar bahawa Perdana Menteri berada dalam situasi yang sukar, apatah lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mempersoalkan kewajaran Malaysia menyertai CPTPP ketika bergelar pembangkang sebelum ini.
“Namun sebagai ketua kerajaan, kemaslahatan terhadap 35 juta warganegara
haruslah menjadi keutamaan seorang Perdana Menteri berbanding manfaat kepada
kumpulan tertentu sahaja,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri beberapa pemimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Nadzim menambah, CPTPP adalah berganda lebih bahaya daripada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana kemungkinan besar perjanjian itu boleh menjejas kemampuan Raja-Raja memelihara beberapa pekara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persukutuan.
Ujar beliau, pada masa sama, terdapat juga pihak-pihak yang kami anggap tidak patriotik beriya-iya mempromosi CPTPP melalui kempen menggunakan helah ‘half-truth’ walhal mereka sepatutnya lebih menjawab secara objektif.
Ia bagi merungkai segala kemusykilan dan kebimbangan besar rakyat khususnya dari segi peningkatan kebajikan rakyat-yang kerap dibangkitkan
“Mereka wajar akui CBA adalah flawed kerana hanya menilai sudut ekspot dan pelaburan secara langsung semata-mata yang mengenepikan sama sekali penilaian kerugian pada rakyat dan negara.
“Pembohongan kempen ini sudah tentu akan dipecah-tembelang di Parlimen tapi
pembahasan itu tidak berlaku sebelum ratifikasi kerana ia dimaklum pada Parlimen hanya tiga hari sebelum dibubar,” katanya.
Pada 6 Oktober lalu, bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan CPTPP bagi Malaysia akan mula berkuatkuasa pada 29 November lalu.
Kata beliau, Malaysia telah meratifikasi CPTPP berikutan penyerahan surat cara ratifikasi oleh kerajaan untuk perjanjian itu kepada New Zealand, depositari CPTPP, pada 30 September 2022.