KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.
“Baginda berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota keselamatan yang masih bertungkus lumus menjalankan SAR sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di sana.
“Baginda berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota keselamatan yang masih bertungkus lumus menjalankan SAR sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di sana.
Sebanyak lima agensi penyelamat terlibat dalam operasi SAR iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Turut serta dalam SAR sama adalah Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor.
“Baginda bimbang keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini juga akan menyukarkan lagi usaha-usaha SAR yang sedang giat dilaksanakan sejak 16 Disember lalu,” ujarnya.
Dalam pada itu,Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin turut mendoakan semua yang terlibat SAR akan terus bersemangat dan bersatu hati serta diberikan segala kemudahan fizikal dan mental untuk menyelesaikan operasi dengan sempurna.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan polis masih mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan terbabit yang terletak berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highlands. – MalaysiaGazette