Petugas kesihatan memasuki wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 816 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terus bertambah kepada 4,980,905.

Manakala angka kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pula sebanyak enam kes.

Malaysia merekodkan sejumlah 36,814 kes kematian kumulatif Covid-19 sejak Mac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan penurunan kes aktif semalam kepada 15,411 berbanding 15,541 kelmarin.

Sejumlah 14,455 menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, sebanyak 915 kes dirawat di hospital dengan 41 kes ditempatkan di unit rawatan rapi hospital.

Daripada jumlah itu 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 940. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast