Seramai 11 wanita termasuk lapan warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran membabitkan tiga daerah di Tanah Besar hari ini..

PERANAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini lebih mencabar, lantaran perubahan gaya hidup masyarakat yang pelbagai sosok. Slogan KKM mengubah gaya hidup masyarakat dengan mengatakan “TAK NAK MEROKOK” boleh dianggap berjaya lantaran kempen tersebut merupakan kempen berterusan KKM bagi menyampaikan maklumat, merokok bukan gaya hidup yang baik untuk kesihatan. KKM juga aktif menerangkan kempen membantu pesakit yang menghadapi kemurungan, kempen lindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes, kempen sihat tanpa akohol, kempen AIDS mencakupi isu adakah ianya diwarisi? Bagaimana AIDS dikenalpasti. Malah kempen pengambilan vaksin di bawah mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dianggap paling berjaya kerana kita berjaya mencapai imunisasi kelompok hasil usaha kempen dan promosi yang dijalankan oleh KKM. Apa yang mengembirakan lagi, kempen 10000 langkah sehari juga turut popular dalam kalangan masyarakat. Sehinggakan jika kita lihat di dalam media sosial, masyarakat sering berkongsi aktiviti berjalan kaki, lantaran usaha KKM yang sangat padu ke arah itu.

Usaha KKM menjayakan pelbagai kempen kesihatan, bolehlah dianggap sebagai salah satu usaha KKM untuk memberikan kesedaran awal dengan mencegah penularan pelbagai jenis penyakit dari terus merebak dalam kalangan masyarakat. Pepatah juga ada mengatakan, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Namun begitu, KKM dilihat agak perlahan apabila kempen ubah gaya hidup songsang,tidak kelihatan dipromosikan secara berleluasa sama seperti penyakit lain. Pencarian di dalam portal Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, https://www.infosihat.gov.my/component/mediasihat/ kempen ubah gaya hidup sonsang ini tidak diuar-uarkan kepada msyarakat tentang bahayanya dari sudut kesihatan dan kelangsungan hidup.

Lihatlah bagaimana KKM sangat berjaya dalam langkah menyedarkan masyarakat tentang bahaya rokok dan vape. Sehinggakan pembungkusan kotak rokok yang dijual dipamerkan imej-imej ngeri akibat rokok. Namun, mengapa tidak kempen seperti ini turut diuar-uarkan oleh KKM bagi membenteras gaya hidup songsang ini. Kita sedar, isu gaya hidup songsang ini seolah-oleh cuba dinormalisasikan oleh pihak-pihak tertentu di negara kita ini. Bahkan, isu LGBT yang turut sama popular di pentas Piala Dunia Qatar 2022, menunjukkan ianya sedang dinormalisasikan secara besar-besaran di seluruh
dunia. Namun begitu, KKM tidak perlu takut, perjuangkan kempen ubah gaya hidup songsang ini dengan sebaiknya secara berterusan. Bahkan, KKM seharusnya bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain secara bersepadu bagi sama-sama membenteras gaya hidup songsang ini.

KKM boleh memulakan kempen kesihatan ubah gaya hidup songsang ini bermula dengan menjalankan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KKM dan KPM sama-sama merangka sillibus yang mungkin boleh dimasukkan dalam subjek Pendidikan Jasmani. Sekaligus membawa naratif kepada masalah kesihatan yang akan dihidapi oleh pengamal amalan songsang ini. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan sonsang merujuk tahap kafahaman mereka yang berada di peringkat sekolah rendah dan menengah.Oleh kerana, kempen kesedaran ini perlu dibuat tanpa henti dan berterusan, kempen perlu diseragamkan serentak di seluruh kementerian secara bersasar mengikut peringkat umur.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KKM seterusnya menjalankan kempen bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mensasarkan sekali lagi subjek kesedaran menjaga kesihatan daripada gaya hidup sonsang dalam kalangan mahasiswa universiti. Mereka yang belajar di universiti juga tidak terlepas dibelenggu oleh isu gaya hidup songsang ini, sekaligus menjadikan budaya sonsang ini perlu dibenteras, dicegah besar-besaran. Gaya hidup songsang ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Malah kajian yang dijalankan oleh Prof Dr Samsul bin Draman, dari Kuliyyah Perubatan,Universiti Islam Antarabangsa mendapati, komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin meningkat dalam populasi kita.

Berdasarkan statistik KKM (2018) sebanyak 15,000 orang transgender, lelaki kepada perempuan dan tiga negeri teratas yang mempunyai populasi ini adalah ; Kuala Lumpur sebanyak 2,040 orang, Pulau Pinang 1,975 orang dan Selangor sebanyak 1,618 orang. Manakala, anggaran populasi gay pula ialah seramai 221,698 orang .Menyaksikan tiga negeri teratas yang mempunyai populasi tertinggi adalah ; Kuala Lumpur 53,923 orang, Selangor 50,808 orang dan Sabah 19,465 orang. Kumpulan ini terdedah kepada jangkitan pelbagai jenis penyakit kelamin yang didapati daripada gaya hidup songsang, khususnya
virus HIV.

Menurut Prof Dr Samsul  Draman hasil kajian beliau bersama komuniti melalui kajian lapangan mendapati, komuniti homoseksual perlu diberi rawatan memfokuskan kepada aspek rohani. Pil atau tablet tidak boleh merawat gangguan rohani. Terapi rawatan rohani, walaupun terdapat kontroversi, sebenarnya telah berjaya mengembalikan seseorang yang mengamalkan gaya hidup songsang kepada insan normal yang tidak lagi mengamalkan gaya hidup songsang. Malah, menurut Prof Dr Samsul Draman dalam kajian lapangannya. Sejak 2012, sekurang-kurangnya 40 transgender di Kuantan, Pahang telah memulakan kehidupan baharu. Malah, sebilangan kecil telah pun berkahwin. Apa yang lebih mengembirakan, kira-kira 60% pusat pelacuran yang diketuai oleh transgender ini telah ditutup.

Justeru itu, KKM perlu menjadikan modul kerohanian dan ekonomi yang telah dibangunkan oleh Prof Dr Samsul bin Draman dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai salah satu modus operandi yang terbuti berkesan bagi mengubati kumpulan ini. Sebagai salah satu organisasi yang aktif membantu pemulihan kumpulan LGBT khususnya komuniti transgender , usaha yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah
(SASMEC) Kuantan yang menaja pembedahan 20 orang transgender membuang implan payudara haruslah dipuji dan disebar luas.Ini menunjukkan, komuniti ini disayangi oleh masyarakat dan mahu mereka kembali hidup normal, berkahwin, berkeluarga dan mampu melahirkan generasi bangsa Malaysia yang rahmah.

Usaha Prof Dr Samsul bin Draman harus dicontohi oleh banyak lagi aktivis kemanusian dan NGO yang lain. Bukan sekadar kempen, tetapi berperanan memberi komuniti ini peluang pekerjaan supaya mereka tidak terjerumus semula kepada tabiat lama. Ini membuktikan komuniti ini memerlukan sentuhan rohani yang berterusan dan melalui pendekatan kerohanian yang bersasar mereka boleh diselamatkan. Jika sentuhan rohani membolehkan komuniti ini keluar daripada gaya hidup songsang, KKM sewajarnya mengadakan kerjasama startegik bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang tentunya akan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Usaha membantu kempen kesedaran ubah gaya hidup songsang ini sememangnya bukan tugas mudah bagi KKM. Pengemblengan usaha KKM yang murni ini pasti ada cabarannya. Namun, kami rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman, tenang dan bebas dari penyakit benar-benar menaruh harapan agar KKM selaku badan berwajib mengetuai isu ini dengan jayanya.

Impak kepada kehidupan sonsang ini bukan sahaja memusnahkan individu tersebut, malah pembaziran wang negara kerana terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukkan untuk mengubat penyakit ini. Kata pepatah, “ikut hati mati,ikut rasa binasa,ikut mata leta. Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa. Malah tidak ada agama di dunia ini yang mengiktiraf kehidupan sonsang ini sebagai sebuah kehidupan yang baik dan beretika. Bagai menarik rambut di dalam tepung, usaha KKM ini perlu dijadikan agenda negara. Ahli Parlimen pembangkang juga seharusnya memainkan peranan untuk memberi semangat kepada KKM, KPM,KPT dan JAKIM untuk membangunkan dasar dan polisi mencegah kehidupan songsang ini dari akar umbi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, asalkan mempunyai tujuan yang baik,sebarang halangan untuk mencapai matlamat ini harus ditempuhi dengan bijaksana dan tenang.Kerana, orang yang tenang akan menang.

Oleh: Dr Siti Nadiah Mohd Ali
Staf Residen Kolej,
Kolej Indera Mulia,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast