Anwar Ibrahim ketika melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan 21 Disember 2022. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia

PASIR MAS – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan segera bantuan banjir berjumlah RM100 juta kepada negeri Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negeri berkenaan masing-masing memperoleh RM50 juta susulan keadaan banjir yang serius untuk kebajikan rakyat.

“Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut.

Jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, Anwar sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir di PPS berkenaan dan mendengar taklimat berkaitan situasi banjir di Kelantan yang dihadiri oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mengulas lanjut, Anwar berkata bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir turut diberikan berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke PPS dan RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir yang mana bayaran diberikan kepada KIR. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast