Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor menemui mangsa yang ke-25 iaitu seorang kanak-kanak perempuan di sektor C pada jam 11.20malam ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan.
“Pencarian masih berjalan atas pencarian 8 mangsa yang tidak ditemui lagi,” katanya menerusi hantara di Facebook.
Menurutnya, setakat jam 23.20 malam tadi, daripada 94 orang mangsa yang terlibat dengan kejadian runtuhan itu, seramai 61 orang selamat dan cedera manakala 25 orang meninggal dunia.
Daripada 25 mangsa yang meninggal dunia itu, seramai lima orang adalah kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan, 13 wanita dan empat lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast