DAP Melayu Melayu-Islam
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – DAP yang didakwa membawa agenda cauvinisme dan murtad sudah tidak perlu bersuara, kerana mereka telah berjaya mengadakan bala tentera Melayu yang tidak bermaruah agama dan bangsa dalam kalangan parti itu sendiri.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan menegakkan agenda tersebut turut disertai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersamanya, sekaligus melantangkan suara bagi pihak DAP.

Menurut beliau, kini, mereka pula berjaya menarik daripada kalangan UMNO yang menyerah kalah demi kepentingan diri tertentu sahaja.

“Sehinggakan, UMNO telah meninggalkan asas perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara, serta melanggar resolusi Perhimpunan Agung mereka yang menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan angkatannya.

“Kami percaya terdapat sebahagian besar pemimpin UMNO tidak reda dengan langkah songsang oleh segelintir pemimpin mereka, bahkan ada yang secara terbuka melakukan protes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, kenyataan yang sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah DAP dan parti-parti sekutunya hanya memperoleh kemenangan dengan mengerahkan pengundi bukan Islam yang diugut dengan Islamofobia, dari seluruh pelosok tanah air sehingga luar negara.

Beliau memberitahu, akhirnya, peratusan golongan bukan Islam yang keluar mengundi mencecah jumlah 98 peratus, namun mereka hanya memperoleh beberapa peratus yang kecil daripada undi orang Melayu Islam termasuk sebahagian yang berijazah.

“Manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan 60 peratus pengundi Melayu Islam, bersama sokongan sebahagian besar pemimpin dan akar umbi UMNO yang masih setia kepada agama dan bangsanya.

“Termasuklah sokongan parti bukan Melayu yang tidak fanatik perkauman seperti Gerakan, MCA, MIC, termasuk Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), dan lain-lain. Akan tetapi, PN tidak dilayan secara sopan,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, PN telah melaksanakan pendekatan kerjasama mengikut adab demokrasi dan undang-undang dengan mencapai kerusi yang boleh bertahan untuk mendapat kuasa politik yang sebenar secara demokrasi.

Malangnya, kata beliau, ia dipintas dengan dilakukan pembentukan kerajaan secara luar tabii daripada amalan demokrasi yang sebenar dengan tipu daya dan putar belit yang sudah diketahui umum.

“DAP dan rakan-rakannya terus melatah tidak mampu mengawal perasaan kebenciannya terhadap Islam, Melayu dan bumiputera, apabila membawa isu mengenai bahaya gelombang hijau,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perkara itu sekaligus mendedahkan warna kemerahan anti-Islam yang ada dalam diri mereka bersama parti-parti lain, laksana gerabak kereta api di belakangnya yang sebenarnya membawa bahaya kepada negara dan rakyat, termasuk rakyat bukan Islam dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Apabila hendak dilakukan protes terhadap amalan yang salah mengikut adab dan akhlak demokrasi sebenar yang adil dan telus, tiba-tiba mereka berhujah dengan mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh penjajah pada zaman dahulu dengan menonjolkan isu melawan raja bukannya melawan penjajah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Terimakasih Tan Sri Hj Hadi diatas in-depth analysis diatas, ramai yang mungkin tidak tahu atau peka dengan data2 tersebut, approx 98% dalam dan luar negeri vs 60% termasuk sebahagian yg berijazah? Teruskan mengingati rakyat, raja2 Melayu akan bahaya chauvanis, lbgt, anti Islam dan sbg.

  2. “DAP dan rakan-rakannya terus melatah tidak mampu mengawal perasaan kebenciannya terhadap Islam, Melayu dan bumiputera, apabila membawa isu mengenai bahaya gelombang hijau

    JIHAD DALAM PILIHANRAYA NANTI sebelum semasa dan selepasnya…..termasuk mereka yang MUNAFIKUN dan menyokong KEMUNGKARAN

    golongan MUNAFIKUN tempatya NERAKA paling bawah sekali

    Allah subhanahu wata’ala sangat membenci orang munafik. Bahkan dalam firmannya surat An-Nisa ayat 145, Allah SWT berfirman balasan dosa bagi orang munafik akan ditempatkan pada tingkatan neraka yang paling bawah. Mereka kekal didalamnya dan tidak akan pernah menerima pertolongan.
    Moga kita tidak dalam MUNAFIKUN….Nauzubillah……

  3. aku nampak sumbang ulamak islam bercakap entah kenapa ye . ulamak ini membuat kiasan kadang2 terkena atas tengkok sendiri tapi dia anggap atas orang lain . contoh dap perkauman padahal dia sendiri penghasut dan perkauman . budak muda aku harap jangan lah dengar sangat hujah ulamak begini . aku bimbang sembahyang ulamak pun tak sah . ramainya pengikut dibelakang tu macam mana weh . sembahyang menolah kemungkaran . tapi ulamak sibuk membuat fitnah macam mana ni .

  4. Solusi issue perkauman mudah beres sekiranya ikut contoh negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar UAE, dan Kuwait amat disukai majority pendatang ekonomi expats ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa ada hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut berbeza dengan politikus Pak Pandir masih kemaruk sokongan undi pendatang ekonomi expats sehingga majority undi expats mendominasi Singapore dan Penang termasuk tanah rizab Melayu menyusut tinggal hanya 12% politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.