KUALA LUMPUR – Bekas guru besar sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Selangor berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM164,800 sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja menyelenggara serta naik taraf bangunan dan infrastruktur.

Berdasarkan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang berlangsung pagi tadi, Kamaludin Sahlan, 50, didakwa meminta rasuah berkenaan daripada Romzi Sirok pada pada 12 Januari dan 21 April tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Bagaimanapun, Kamaludin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Rozillah Salleh kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM30,000 termasuk dua syarat.

Tertuduh juga diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 26 Januari 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast