Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Suffian Abdullah bercakap pada sidang media mengenai keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2022.

BATANG KALI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir, iaitu seorang kanak kanak lelaki, yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Batang Kali, di sini ditangguhkan sehingga pagi esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi dihentikan pada jam 4.30 tadi akibat hujan lebat.

“Ia akan disambung semula pada jam 8 pagi esok untuk memulakan pencarian mangsa terakhir kejadian tanah runtuh yang dikenalpasti iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Hari ini, pasukan SAR menemui empat mangsa dalam gulungan khemah pada kedalaman tujuh meter daripada atas timbunan tanah runtuh di sektor C. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast