Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, malam tadi

KUANTAN – Pahang merancang membina kilang memproses pasir silika (kaca) bernilai RM2 bilion di Gebeng, dekat sini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan inisiatif menarik pelaburan dan memajukan ekonomi negeri itu.

“Inisiatif ini termasuklah cadangan pengoperasian kilang memproses pasir silica (kaca) bernilai RM2 bilion di Gebeng, Kuantan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana, Putrajaya telah melaporkan mengenai keadaan banjir di Pahang serta persediaan yang telah dilakukan kerajaan negeri.

Jelas beliau, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM47 juta rbagi program pasca banjir yang mula dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga 2023.

“Peruntukan tersebut termasuklah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di Negeri Pahang menerusi pembelian bot amfibia, pembinaan Pusat Pemindahan Banjir Kekal.

“Ia termasuk pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir, serta pembelian bot menyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu seluruh negeri,” ujarnya. – MalaysiaGazette