KUANTAN – Bekalan telur ayam di Pahang masih mencukupi dan bekalan akan sampai mengikut jadual.
Bagaimanapun Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Datuk Mark Ujin tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan bekalan namun ia tidak berada pada tahap kritikal.
“Masalah yang timbul adalah berlaku pembelian melebihi kemampuan pasar raya atau kedai untuk membekalkannya menyebabkan bekalan habis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pelancaran Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 Peringkat Negeri Pahang, di sini, hari ini.
Jelasnya, situasi itu hanya memerlukan penambahan stok dan sehingga kini tiada had pembelian telur ditetapkan kepada pelanggan. – MalaysiaGazette