WASHINGTON – Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk tidak akan menjual lagi sahamnya dalam syarikat Tesla selama dua tahun.
Katanya dalam sembang audio Twitter Spaces, keputusan itu ekoran jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi tahun depan.
“Lembaga Tesla terbuka kepada kemungkinan pembelian balik saham, tetapi itu bergantung kepada betapa teruknya kemelesetan itu,” katanya.
Musk yang juga pemilik Twitter dan SpaceX, sebelum ini telah berjanji untuk tidak menjual lebih banyak saham Tesla namun melakukan sebaliknya.
Pada April lalu, Musk menjual kira-kira AS$4 bilion saham Tesla sebelum berkata tidak akan ada jualan lanjut yang dirancang selepas itu.
Tetapi beliau menjual sejumlah besar saham beberapa kali sejak itu.
Minggu lalu, Musk mendedahkan lagi jualan saham bernilai AS$3.6 bilion. – Agensi