BATANG KALI – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, menumpukan operasi mencari mangsa terakhir, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, di sektor C (riverside).

Ini kerana sektor tersebut merupakan lokasi empat mangsa ditemui semalam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, purata penggalian setiap sektor melebihi 70 peratus dengan tumpuan diberikan di sektor C (riverside).

“Jumlah kekuatan keseluruhan pasukan SAR yang bertungkus lumus mencari mangsa terakhir itu sejak pagi lagi adalah seramai 91 orang membabitkan sembilan unit dan sembilan anjing unit pengesan (K9),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hafisham, daripada 30 mangsa yang disahkan maut, jumlah tertinggi mangsa ditemui di sektor A (hill view) iaitu seramai 19 orang disusuli sektor C (10 orang) dan sektor B atau farm view (seorang) manakala tiada mangsa ditemui di sektor D (green house). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast