Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 902 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan angka terkumpul 4,983,641.

Menurut data KKMNOW, jumlah kematian pula sebanyak enam kes termasuk tiga di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul kematian sebanyak 36,830 sejak Mac 2020.

Kes aktif pula sebanyak 14,382 dengan 13,562 menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 776 kes lagi dimasukkan ke hospital termasuk 44 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,104. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast