KUANTAN – Gara – Gara takut tidak membayar saman tunggakkan Touch ‘n’ Go, seorang pesara berputih Mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM128,037.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 60 tahun itu diperdaya oleh satu panggilan telefon daripada individu dikenali sebagai ‘pegawai’ Mahkamah Pulau Pinang dan mendakwa mangsa mempunyaj tunggakkan saman mahkamah.
“Warga emas itu dikatakan mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch ‘N’ Go sebanyak RM11,800.
“Mangsa telah disambungkan ke beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu tersebut telah memberitahu pengadu mempunyai rekod kes jenayah dan meminta pengadu untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terpedaya dengan helah itu, mangsa telah mengikut arahan saspek dan mengalami kerugian selepas memindahkan wang sejumlah RM125,037 dalam kejadian 14 Disember lalu.P
Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad ATM mahupun nombor TAC kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan transaksi. – MalaysiaGazette