Adam Adli bergambar bersama peserta UiTM yang akan menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol. Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula Selasa ini hingga 4 Januari depan di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan ada menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid.

“Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi sebelum mereka berlepas semalam.

“Saya turut difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya di laman sosial itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua pelajar berkenaan berjaya mengharumkan nama negara di bumi Sepanyol dalam pertandingan yang disertai itu.

Dalam posting itu Anwar turut berkongsi foto peserta-peserta tersebut dengan turut kelihatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang bersama mengiringi pelajar-pelajar yang akan berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast