KABUL – Pentadbiran Taliban mengarahkan semua badan bukan kerajaan (NGO) supaya menghentikan kakitangan wanita daripada datang bekerja, menurut surat kementerian ekonomi, sekatan terbaru terhadap pergerakan wanita.
Surat yang disahkan jurucakap kementerian ekonomi berkata, kakitangan wanita tidak dibenarkan bekerja sehingga notis dikeluarkan kerana terdapat antara mereka yang tidak mematuhi kod pakaian Islam.
Tidak jelas sama ada peritah tersebut dikuatkuasakan tehadap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara tersebut.
Arahan tersebut dilakukan selepas Taliban mengarahkan universiti mengharamkan kaum wanita, yang mana ia mendapat kutukan masyarakat antarabangsa selain bantahan dan kritikan di Afghanistan.
Ditanya sama ada, peraturan tersebut melibatkan agensi PBB, jurucakap itu berkata, surat itu dikuatkuasakan kepada organisasi di bawah badan seliaan untuk organisasi kemanusiaan Afghanistan dikenali ACBAR.
Badan tersebut tidak melibatkan PBB tetapi meliputi 180 NGO tempatan dan antarbangsa.
Bagaimanapun, PBB sering menggaji NGO yang didaftarkan di Afghanistan untuk melakukan kerja-kerja kemanusiaan. – Agensi