Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan yang terjejas sejak Sabtu lalu, telah pulih 86 peratus, kata Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Air Selangor menerusi kenyataannya petang ini memaklumkan, peratusan pemulihan itu dicapai sehingga jam 12 tengah hari ini.

“Sehingga pukul 12 tengah hari ini, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 86 peratus,” kata kenyataan itu menerusi Facebook hari ini.

Status semasa pencapaian bekalan air yang terjejas.

Kata Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Justeru, Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan membiarkan air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor juga berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” kata kenyataan itu.

Kawasan terjejas ialah Sepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast