Polis merampas baju istiadat, logo pingat darjah kebesaran dan kes penipuan membabitkan kes mendaftar nama-nama individu-individu yang tidak sah dalam Sistem Pengurusan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang

KUANTAN – Polis menahan dua orang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang dan 29 penerima pingat bagi membantu kes anugerah pingat tidak sah yang membawa gelaran Dato dan Dato Seri.

Ketua Polis Pahang, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dua individu berusia 36 dan 30 tahun ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) yang dipercayai melakukan kesalahan mendaftarkan nama individu-individu yang tidak sah dalam sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada pengadu yang mengambil serius dan membuat penelitian teliti aduan daripada seorang kakitangan SUK Pahang bahawa beliau ada menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

“Panggilan tersebut bagi tujuan hendak memasukkan nama beliau dalam sistem rekod pingat dan darjah kebesaran, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, namun tidak tersenarai dalam senarai induk,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Ramli, siasatan mendapati suspek pertama bekerja sebagai pembantu operasi di Pejabat SUK Pahang manakala suspek kedua sebagai pembantu tadbir kontrak di pejabat sama mendapati mereka telah menyalahgunakan nombor pengenalan.

“Kedua-dua mereka telah dibekalkan untuk memasuk akses ke dalam laman sistem Pengurusan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang dan membuat pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan laman sistem terbabit.

“Siasatan mendapati bahawa suspek pertama telah memasukkan nama seramai 26 individu yang tidak sepatutnya dimasukkan dan tidak disenaraikan sebagai individu-individu yang akan menerima apa-apa jenis dan suspek kedua telah memasukkan nama tiga individu bagi tujuan yang sama,” ujarnya.

Katanya, kes telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua subjek di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast