KUALA LUMPUR – Sekarang bukan lagi zaman beratur di kaunter kerana banyak urusan dan transaksi sudahpun beralih ke dalam talian.

Oleh itu, tak usah risau lagi jika bil lewat diterima, malah tidak lagi perlu susah mencari bil atau meredah kesesakan lalu lintas untuk membuat bayaran di kaunter.

Ini kerana Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd juga menyediakan transaksi pendigitalan bagi pembayaran caj pembetungan melalui IWK e-bil.

Dengan IWK e-bil, ia memudahkan pengguna perkhidmatan IWK menyemak dan membuat pembayaran bil nyata, selain itu cara ini juga lebih mesra alam kerana dapat mengurangkan penggunaan kertas. Malah, pelanggan IWK juga akan mendapat bil IWK tepat pada masanya!

Untuk itu, IWK mengajak pelanggannya untuk mendaftar dengan IWK e-Bil bagi memudahkan mereka menerima bil pembetungan melalui e-mel, yang mana kaedah ini lebih mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, pelanggan IWK juga memuat turun aplikasi muda alih IWK bagi tujuan pembayaran, menyemak atau juga membuat aduan, di mana sahaja mereka berada.

Dengan cara ini, pelanggan IWK juga tidak akan terlepas pandang untuk membayar bil pembetungan mereka.

Pembayaran bil pembetungan IWK adalah bagi memastikan perkhidmatan pembetungan dapat disediakan secara berterusan dan pengguna akan terus mendapat perkhidmatan cekap.

Sebenarnya, sistem pembetungan negara telah melalui pelbagai pemodenan tetapi ramai yang mungkin tidak sedar ke mana perginya air kumbahan selepas mengepam tandas.

Air kumbahan disalirkan ke dalam tangki septik atau mengalir terus ke rangkaian paip pembetungan awam, sebelum dirawat di loji rawatan kumbahan.

Air kumbahan ini akan ditapis dan dirawat sebelum dilepaskan semula ke sungai atau sumber air.

Sebagai syarikat pembetungan nasional, IWK bertanggungjawab membangun dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan efisien di semua negeri, kecuali Sabah dan Sarawak.

Dengan pengalaman lebih dari 28 tahun, IWK telah membuktikan ia mampu menguruskan sistem pembetungan negara dengan cekap.

Menurut Laporan Kelestarian (Sustainability Report) 2021 IWK, IWK mengurus sejumlah lima bilion liter air kumbahan setiap hari, dan ini bersamaan dengan jumlah air di dalam kira-kira 2,000 buah kolam renang bersaiz Olimpik.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menguruskan kumbahan bagi lebih daripada 27 juta orang dengan jumlah saliran paip pembetungan bawah tanah sepanjang 20,000 kilometer. IWK juga mengurus kira-kira 7,273 buah loji rawatan kumbahan dengan menyingkirkan sisa bahaya sebelum melepaskannya semula ke dalam sumber air.

Loji-loji rawatan kumbahan IWK ini pula beroperasi tanpa henti 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun.

Proses rawatan kumbahan ini sangat penting demi memastikan kesihatan awam serta pemeliharaan alam sekitar terus terjaga.

Semua ini tidak dapat dilakukan dengan cekap jika IWK tidak turut sama mengadaptasi teknologi digital moden dalam operasi harian bagi menjalankan perkhidmatan mereka.

Jom daftar IWK e-Bil sekarang dengan layari www.iwk.com.my/e-bill dan muat turun aplikasi IWK di Google Playstore, Apple Store atau Huawei Apps Gallery – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast